Pages

Saturday, 5 September 2015

SAHABAT

Dalam jalinan kisah persahabatan sejati, tentunya sikap saling memahami dan saling "support" antara sahabat sangatlah diutamakan untuk keberlangsungan jalinan persahabatan ke depannya. Walaupun selalu bergurau bersama-sama, kita memang diharuskan untuk dapat membantu sahabat dalam kesusahan, begitu juga sebaliknya.

Satu hal yang paling menyedihkan adalah ketika kita harus dipisahkan waktu dan jarak. Pengalaman adalah guru yang sangat berharga dalam pelbagai hal termasuklah hubungan persahabatan.


 KELEMAHAN DIRIKU ADALAH KELEBIHAN SAHABATKU, KELEBIHAN DARIKU ADALAH BAHAGIAN DARI KEHEBATAN SAHABATKU.


 SAHABAT ITU SEPERTI BINTANG, DIA MEMANG TIDAK SELALU TERLIHAT TAPI SELALU ADA UNTUKMU


APA YANG KAMU ALAMI KADANGKALA MELELAHKAN, TAPI ITULAH YANG MEMBUATKAN PERSAHABATAN MEMPUNYAI NILAI YANG INDAH

SAHABAT SEPERTI PERMATA, SULIT PROSES MEMBENTUKNYA TAPI INDAH SEKALI KEJADIANNYA.

KERINDUANNYA MENJADI SEBAHAGIAN DARI HIDUPKU, KERANA TIDAK ADA PERSAHABATAN DIAWALI DENGAN SIKAP EGOISTIK.



Monday, 6 April 2015

Ukhuwwah Itu Indah



MEREKA SAHABAT DUNIA AKHIRAT.
Setahun bersama, mencipta ukhuwwah, meratib redhaNya, mengenal pencipta. Bersama-sama mengejar cintaNya.
Ukhuwwah ini, semoga hingga ke syurgaNya.
Tuesday, 25 November 2014

AKU HARUS KUAT

DEMI ALLAH AKU TAK KUAT
TAPI
KERANA ALLAH AKU HARUS KUAT


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."

Friday, 21 November 2014

PENGORBANAN

HIJRAH memerlukan PENGORBANAN
dan
PENGORBANAN memerlukan PENGHIJRAHAN

Eh, kenapa tiba-tiba berbicara soal hijrah pulak ni? Kan Ma'al Hijrah dah lepas.
YA! Dah lepas dah Ma'al Hijrah, tapi sudahkah kita benar-benar berhijrah? HAA! Jawab-jawab.

HIJRAH bukan hanya bermaksud perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain sahaja. Hijrah jugak dalam erti yang lain melakukan perubahan ke arah kebaikan. Saya juga masih berhijrah. Jangan kerana berjilbab labuh, berpurdah dan berniqab, kalian sudah memandang diri seseorang itu sempurna tanpa cacat celanya. TIDAK! Semua manusia tidak sempurna, semua manusia ada melakukan kesalahan, tetapi jangan pulak dihukum kesalahan itu seolah-olah tiada kesempatan bagi kesalahan itu untuk dibaiki atau untuk orang yang melakukan kesalahan itu menyesali kesalahannya.

HIJRAHKAN DIRI DAN JIWA DEMI ALLAH dan DEMI AGAMA.

Sedangkan Allah itu Maha Pengampun, walau dosa seluas langit dan sebanyak buih-buih di lautan, andai melakukan TAUBAT dengan sebenar-benar TAUBAT, ALLAH AKAN MENGAMPUNINYA.

Ayuh sama-sama berhijrah ke jalan yang Allah redhai.

~DARI TIDAK BERTUDUNG kini BERTUDUNG
~DARI BERTUDUNG BIASA-BIASA kini LABUHKAN TUDUNG
~DARI TIDAK BERSTOKIN kini BERSTOKIN
~DARI TIDAK MENJAGA ADAB kini MENJAGA ADAB
~DARI BEBAS BERGAUL kini MENJAGA IKHTILAT
~DARI CAKAP MAIN LEPAS JA kini MENJAGA PERCAKAPAN
~DARI HANYA MENGEJAR CINTA MANUSIA kini LEBIH FOKUS untuk kejar CINTA ALLAH

KITA BOLEH KALAU YAKIN DENGAN ALLAH DAN KALAU NAK SAMA-SAMA BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN

SEKIAN DARI HAMBA YANG BANYAK DOSA
MAAFI QALBI GHOIRULLAH
Monday, 10 November 2014

Never Alone

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH
• When you are tired and discouraged from fruitless efforts…ALLAH knows how hard you have tried.
• When you’ve cried so long and your heart is in anguish…ALLAH has counted your tears.
• If you feel that your life is on hold and time has passed you by… ALLAH is waiting with you.
• When you’re lonely and your friends are too busy even for a phone call.. ALLAH is by your side.
• When you think you’ve tried everything and don’t know where to turn… ALLAH has a solution.
• When nothing makes sense and you are confused or frustrated… ALLAH has the answer.
• If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope … ALLAH has whispered to you.
• When things are going well and you have much to be thankful for… ALLAH has blessed you.
• When something joyful happens and you are filled with awe… ALLAH has smiled upon you.
• When you have a purpose to fulfill and a dream to follow… ALLAH has opened your eyes and called you by name.  
WITH ALLAH AROUND YOU NEVER ALONE…

Generasi Ulul Albab

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH

Usia tahun ini sudah mencecah 15, 18, 20, atau 25 tahun. Usia remaja setahun jagung ini menandakan tempoh permulaan buat semua pejuang-pejuang agama bagi mematangkan fikiran supaya Islam tidak layak dipijak dan dihina oleh Yahudi dan Nasrani.Takbir ! Maka, tibalah tahap yang amat mencabar, di mana di sinilah permulaannya, iman kita akan dibentuk dengan akidah dan akhlak digauli dengan ramuan ibadah beserta bi'ah yang solehah.

Wahai remaja ,
bukan ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan sesuai.Asyik diifikirkan, difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita mendapat perhatian dan pujian.Terampil mengoda bergaya!

Sedang Yusuf yang digoda oleh Zulaikha yang menggoda pun tidak langsung tertarik hatinya untuk melakukan zina. Inikan kita yang bertaraf hamba yang hina. Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan perhatian, mahu dianggap baik, sopan dan soleh, bukan mengharapkan pahala dan perhatian Tuhan. Rata-rata melakukan kebaikan supaya dipandang bagus bukannya mencari redha Allah.

Syaitan dan Nafsu bergembira atas tindakan kita yang mengacau puteri-puteri islam yang manis dan mengurat putera-putera islam yang segak. Syaitan dan Nafsu juga tentu sedang bergembira atas kejayaan mereka menyelimuti kita supaya tidak bangun menunaikan solat Subuh berjemaah apatahlag bangun bertahajud di hamparan sejadah Qiamulail. Syaitan dan Nafsu juga amat gembira apabila melihat Rumah Allah dibunyikan di dalamnya rancak nada dering telefon bimbit, umpatan-umpatan serta perkataan-perkataan komunikasi yang merugikan masa dan membuang erti kata sebenar iktikaf .

Wahai remaja ,
kita mesti menyedari bahawasanya kita sebenarnya sedang menempuh lautan yang berombak dan bergelora saat ini. Sudah tiba masanya untuk menaikkan layar supaya kita tidak tenggelam hanyut dibawa oleh fitnah dunia. Sudah tiba masanya untuk berlayar lebih jauh dengan kapal TAKWA dan layar IMAN untuk mencari pelabuhan REDHA (Mardhatillah). Sudah tiba masanya merebut dan menjala ikan-ikan PAHALA bukannya merelakan diri ditelan dengan jerung DOSA dan badai NERAKA. Sedarkah kita ?

Adakah 'buaya-friend' dan 'gila-friend' wajib menjadi sesuatu yang dominan dalam kehidupan setiap yang bergelar remaja ? Bagaimana dengan status remaja islam ? Sememangnya wajib memilikinya seorang sat atau maksimun 4 atau bersilih ganti ? atau status mencari pengalaman di alam remaja ? Jawapannya sudah tentu sekali TIDAK !

Mengapa ? Salahkah bercinta ? Cuma setakat hendak berkenalan dengan lebih intim ? Bukannya sampai berpegangan tangan ataupun bercium-ciuman pun ? Kita dah besarlah, bukan budak-budak , semuanya BOLEH !Bukan begitu wahai remaja,
Islam tidak menghalang benih-benih cinta ditanam di setiap hati insan bergelar muslim. Namun sekarang kita adalah MASIH REMAJA. Amanah yang diberikan bukannya disuruh menghampiri zina. Tetapi berusaha, belajar, berdakwah dan beribadah sehingga berjaya. Fokus matlamat kehidupan sebenar di alam akhirat nanti. Kenapa mengizinkan diri terus hanyut dalam noda dunia yang penuh sengketa dan pura-pura ?

Masanya sudah tiba, ayuh kita bangkit wahai remaja-remaja islam, kita berjuang sehingga Masjidil Aqsa dibebaskan. Kita berjuang sehingga fitnah Dajjal dapat kita tewaskan. Kita memerdekakan jiwa kita yang dibelenggu musuh nyata. Kita melawan hawa nafsu dengan penuh kesabaran, hingga dapat menjadi penghuni syurga yang penuh dengan kenikmatan. Janji Allah itu pasti ![Image] 

Bukannya kita perlu mencari publisiti murahan. Dengan mengacau dan mengorat makhluk comel dan kacak ciptaan Tuhan. Menjaja perasaan indah gelora Uda dan Dara. Bukannya dengan meninggalkan sunnah yang nabi wariskan. Bukan dengan membiarkan alasan murahan terus menghasut ; diri masih belum dapat hidayah, diri tidak bersedia ataupun sebenarnya diri MALAS melakukannya. Bukan dengan mengambil remeh dan memandang enteng kepada ibadat dan amalan yang dilakukan. Bukan dengan meninggalkan Al-Quran, Kitab suci yang dipelihara kesucian zaman-berzaman.Acuh tidak acuh mentaati Tuhan ? Macamlah yakin dan pasti sangat dapat ke syurga seperti Saidina Uthman bin Affan !

Wahai remaja,
kita seringkali mengeluh dan marah apabila kita diaibkan di khalayak ramai. Tidakkah kita terfikir, kita sedang dan akan malu mengaibkan diri sendiri di depan Allah dan di tepi malaikat. Ayuh celiklah, sedarlah dan bangunlah memperjuangkan Islam. Teruskan perjuangan sehingga nyawa bercerai dengan badan.  

Carilah ilmu dan perangi godaan hawa nafsu.
Kata mahu Islam maju tetapi masih malas baca buku !

Wahai remaja,
Ini bukan hanya peringatan. Ambil jadikan pedoman. Jadilah remaja cemerlang yang beriman. Bukan sampah masyarakat yang tidur di laluan najis buangan.
Ayuh berjuang demi maruah remaja ISLAM dan generasi MUSLIM sedunia !


"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan menyembah Syaitan! Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.Dan(Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka)maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ? "  Yaasin : 60-62
Friday, 24 October 2014
Thursday, 16 October 2014

Fikir-fikirkan, Renung-renungkan

Pemakaian Furdah atau Niqab dilarang, tetapi pemakaian yang tidak menutup aurat seolah-olah "berpakaian tetapi telanjang" tidak pulak diambil tindakan apa-apa. Di manakah Agama kalian yang bergelar MUSLIM? Manakah yang sepatutnya ditegur dan dilarang? TEPUK DADA TANYA IMAAN. Hiduplah berlandaskan syari'at dan 'aqidah Islam yang sebenar.
~moga Allah redha~

Keutamaan

Tiadalah dikatakan hidup ini mencabar andai tidak pernah melalui ujian atau cubaan yang berat. Tapi harus diingatkan, tidak Allah uji dengan sesuatu melebihi kemampuan dan keupayaan kita. Positifkan diri selalu. Allah sentiasa bersama orang-orang yang selalu meletakkan keutamaan dan pengharapan kepadaNya melebihi yang lainnya. INGAT!!! ALLAH ALWAYS BE THE FIRST. Bukan yang terakhir. Sa;ah satu punca kenapa Allah menunda kejayaan bagi kita terutamanya "Students", kerana kita selalu meletakkan keutamaan pada Allah pada akhir perbuatan kita. Itu sama sekali salah. Sewajibnya keutamaan dan pengharapan serta niat kerana Allah itu perlu diletakkan dahulu sebelum membuat sesuatu. In syaa Allah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
BITTAUFIQ WANAJAH
~moga Allah redha~
Wednesday, 15 October 2014

ALLAH

Have you ever fall in love? If you never, I'm gonna tell you how does it feels when you realize that you love someone perhaps in your mind you think that he also loves you. It feels like you are not stepping on the real world. Its like you are flying high in the sky. Without you knowing that you SHOULD love ALLAH first before love His man. But you didn't noticed because your eyes have been blurred by the beauty on "LOVING COUPLE" instead of you loving HIM. Without you realizing that HE is THE ONE, THE OWNER of the LOVE. Without you realizing that HE is THE MIGHTY, THE OWNER of the LOVE. You keep on persuing for humans' love instead of giving the priority to persue for HIS LOVE. This is because of what??? BECAUSE YOU HAVE BEEN BLURRED BY THE THINGS IN THIS DUNIA'. Allah didn't created to be loved and to love, but first thing is to LOVE HIM and to patronage ourselves towards HIM. HE didn't simply created us, we need to try our hard to LOVE HIM. He will not dissapoint us, HE had created THE ONE for us without us knowing it...

ALLAH!!! THE OWNER OF TRUE LOVES~~
Tuesday, 14 October 2014

F2T9

MISS!!! Yeah, that's how I can describe my own feeling now. Seriously I miss them all. Miss all the memories together. A time that cannot be turned back. Only memory can bring me to them.
Friday, 10 October 2014

Perbezaan Kita

Dirimu, diriku, bagaikan langit dan bumi. Peribahasa yg sangat tepat utk menggambarkan perbezaan kita sekarang ini. Kamu dilahirkan dlm kemewahan, sedangkan aku dilahirkan serba kekurangan. Menyukaiku kerana kematanganku... Matang? Ya. Aku jauh lebih matang kerana dari kecil aku diajar mandiri dan berdikari. Dari kecil aku diasuh dengan kesederhanaan. Tapi tak pernah aku menyalahkan apa yg sudah ditakdirkan. Allah lebih Mengetahui yg terbaik utk hambaNya. Ini ujianNya dan ini juga rahmatNya. Ujian kerana kadang2 keinginanku utk memiliki sesuatu terpaksa dipendam dek kerana keadaan keluarga tidak memungkinkan aku beroleh apa yg dihajati. Rahmat kerana dgn kesusahan ini kami belajar lebih bersyukur. Ramai yg menerima nikmat Allah tapi berapa ramai yg bersyukur. Takut! Ya aku takut andai kesenangan yg diberikan, membuatkan aku dan keluargaku tersungkur. Namun tak jemu aku berdo'a supaya Allah mencukupkan keperluan keluargaku. Justeru, untuk merima sesiapa pun dalam hidupku...terlalu aku khuatirkan. Aku bukan siapa2. Berharta jauh sekali. Yg aku punya AGAMA dan DIDIKAN keluargaku. Aku akan terus menjulang panji2 Islam. Aku akan meneruskan perjuangan Islam. Demi redha Allah. Tidak aku risaukan dipinggir rakan2 kerana Alhamdulillah selagi aku bersama Allah, menjaga hak Allah, Allah akan menjaga hak aku. Allah akan mencukupkan keperluan duniaku. Sekali lagi maaf. Aku memahami andai kalian menjauhiku. Aku memahami kerana aku seorang faqeer. Ana faqeerah indallah.
~Moga Allah kasih~
Wednesday, 1 October 2014

Then It Started Again

Bismillah. In the name of the Almighty Allah I'm writing this article. Seems like its been a long time I've left this site empty. Yes! As empty as my soul ONCE. Alhamdulillah! With the help of Allah, with tarbiyyah I've gained, my soul was filled and in syaa Allah, will continue to be filled 'till the death do my soul and my body apart. Now its been almost 4 weeks I'm here at University Malaysia Terengganu also known as University of Marine. Furthering my study as an engineering student here, I've been fated to be one course with my ex-matriculation-mate. Alhamdulillah. At least I didn't feelin' awkward being in this state alone. What people always said is being "FOREVER ALONE". =_='
Its quite difficult and this course is quite a killer course. But I know Allah never put me in this situation if I can't go through it. That's why I need support from people around me. I'm so grateful to have such good and friendly and lovable roommates, From the first day we're here, we can adapt with this new surrounding, new people, new habits, and all related to it. I'm so thankful to receive such a great gift from Him. ALHAMDULILLAH. Then, its all for today.
Bittaufiq wannajah fid dunya wal akhirah. Allahumma aamiin.
Sunday, 29 December 2013

Specially for Muslimah


Fright for being speak in front of people.

I have been so concerned with the way I speak because I never speak like how I write. And it frustrates me a lot when it comes to speaking English with people because I am WAY concerned with grammar, punctuation, pronunciation and all. I'm perfectionist remember. Hmm, why it's hard to scrape off this habit. I am currently pushing myself to the utmost limits of my ability and been forcing myself to keep on speaking English. Speak English, Nur Ezaty. Speak!!!
Just when you can change, try to get on building your confidence. Allah will not change your state, if you yourself not try to change.
Friday, 27 December 2013

Design and editing

First time using photoshop...
Try it, edit on your own...
AND feel the excitement. ^_^
I don't care if you say that I've been outdated for just knowing how to use it, but still I want to share with the readers.
The best is from Allah, and the worst is from me, HIS SERVANT. =)
Thursday, 10 October 2013

EID AL-ADHA MUBARAK

ASSALAMU'ALAIKUM

"Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Raya Aidiladha, melainkan ibadah QURBAN. Sesungguhnya binatang yang diqurbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadah qurban ini diredhai Allah sebelum darahnya jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadah qurban yang kamu lakukan."
H.R TIRMIZI

(=TINGKATKAN PENGORBANAN,SUBURKAN KEIKHLASAN=)
Wednesday, 2 October 2013

Kenali ‘Kriteria’ Sebelum ‘Si Dia’

Assalamu'alaikum.
artikel kali ini Nur share dari sebuah blog milik Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin. http://sebarkanbahagia.blogspot.com
Credits to ustazah, banyak input tentang Islam yang beliau kongsikan. 
Remajaku sayang,
Usah terlalu peningkan kepala berfikir hendak berkahwin dengan siapa. Kenalilah ‘kriteria’nya sebelum ‘calon’nya. Imam Ghazali memperkenalkan kriteria pasangan soleh 10 tahun sebelum anaknya mula mencari.
“Mak abah saya tak buatpun macam Imam Ghazali,” cebik remaja.
Tidak mengapa! Mungkin mereka tidak tahu. Jika mereka tahu, boleh jadi mereka akan segera lakukannya. Maafkanlah mereka. Yang lepas biarlah lepas. Kita kan masih ada ‘hari ini’ untuk menambah ilmu?

Lebihkan ‘Menjadi’ daripada ‘Mencari’
Remaja,
Masih sudi lagi dengar ‘sharing’ daripada akak? Jom!
Sekiranya nanti dirimu meminati seseorang, sudah tentu dirimu tidak mahu bertepuk sebelah tangan. Betul kan?
Sekiranya dirimu meminang, sudah tentu kau tidak mahu pinanganmu ditolak. Setuju tak?
Tipnya mudah sahaja. Lebihkan ‘menjadi’ daripada ‘mencari’. Sinergikan dengan doa ke hadrat si Pemegang Hati. Insya-Allah cintamu pasti berbalas. Siapa yang tidak mahu sesusuk periba
“Hah, menjadi?”
Ya! Jadilah peribadi yang mampu mendidik diri sendiri. Kemudian, insya-Allah mampu menjadi pendidik buat generasi masa depan. Orang yang mempersiapkan diri menjadi individu Muslim lebih berpotensi membangunkan sebuah ‘baitul Muslim’ (rumah tangga yang menegakkan nilai-nilai Islam).

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
Remaja semua nak kahwin, kan? Bagus! Normal tu. Alam perkahwinan bagaimana yang diinginkan? Penuh cinta atau penuh sengsara?
Ketahuilah, banyak punca-punca permasalahan dalam rumah tangga termasuklah masalah dalam mendidik anak-anak boleh dicegah seawal kita mempersiapkan diri menjadi peribadi soleh dan solehah. Juga seawal kita membuat pemilihan yang terbaik terhadap pasangan hidup kita. Inilah tanda kebijaksanaan mencegah  sebelum merawat.

Bayangkan…
Lahirnya seorang bayi comel ke dunia. Suci. Bersih. Dia melihat ibunya yang susah tersenyum. Dia melihat ayahnya yang monyok memanjang. Dia melihat lingkungan keluarganya yang asyik bercakaran.
Secara fitrahnya, si kecil itu mencari-cari wajah yang berseri-seri. Telinganya mencari-cari kata-kata yang baik. Namun, ibubapanya yang gagal mempersiapkan diri dengan akhlak penuh senyuman dan kelembutan sebelum bernikah, biasanya akan terbawa-bawa akhlak itu selepas bernikah, dan selepas menjadi ibu bapa. Si kecil itu menadah dan menyerap dengan mudah apa sahaja yang terhidang di sekelilingnya itu. Agaknya, dia akan membesar menjadi anak yang bagaimana?


Remajaku sayang,
Remaja sudah tentu mahu menjadi ibubapa yang hebat suatu hari nanti kan? Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi peribadi anak-anak seperti pengaruh ibubapa, pemakanan, genetik, persekitaran, rakan sebaya, guru dan sebagainya. Faktor ibubapa adalah faktor yang paling besar kesannya ke atas agama anak-anak tersebut hinggakan Rasulullah SAW mengingatkan,
“Setiap bayi lahir dalam keadaan fitrah (Islam dan mengabdikan diri kepada Allah). Maka, ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR. Bukhari).
Pesan Atok yang bernama Ibnul Qayyim al-Jauziyah, “Barangsiapa dengan sengaja tidak mengajarkan apa yang bermanfaat bagi anaknya dan meninggalkannya begitu sahaja, bererti dia telah melakukan suatu kejahatan yang sangat besar. Kerosakan pada diri anak kebanyakannya datang dari sisi orang tua yang mengabaikan mereka dan tidak mengajarkan kewajipan-kewajipan agama serta sunnah-sunnahnya.”

Semuanya Ujian
Jika remaja lahir dalam keluarga yang baik, bersyukurlah. Pengaruh baik ibubapa itu akan memberi kesan besar dalam melahirkan seorang remaja yang maju, hebat, berkeyakinan diri, tetap pendirian dan berwawasan jauh.
Jika remaja lahir dalam keluarga yang kurang baik, bersabarlah. Semua itu hakikatnya suatu ujian. Jangan merintih pada ujian. Kreatiflah mencari penyelesaian. Banyak hikmah di sebaliknya. Jika remaja positif menerima ujian ini, lihatlah kesan positif yang bakal diterima.
Antaranya, remaja yang biasa dileteri, dicalari hati dan perasaannya bakal menjadi ibubapa yang memahami jiwa anaknya. Belajar dari pengalaman itu, maka, dia mendidik dan menasihati anaknya dengan komunikasi berkesan, bukan dengan meleteri, menghukum, menunjuk protes diam, menutup pintu berdentum dentam atau memulau.
Antara lain juga ialah, remaja yang biasa disakiti, bakal menjadi ibubapa yang prihatin terhadap kesakitan anaknya, maka dia tidak memukul sembarangan. Pukulan hanya alternatif terakhir setelah nasihat diberikan berkali-kali dengan penuh hikmah. Itupun tidak boleh memukul ketika marah. Tidak boleh memukul untuk betul-betul menyakiti. Mesti bertujuan mendidik. Jika tidak, ini suatu pencabulan terhadap ‘amanah’ Allah. Allah tidak buta melihat sakitnya anak didera. Allah tidak tuli mendengar tangisan anak disakiti. ‘Amanah’ pasti ditanya!

Pilihan di Tanganmu!
Sambunglah kekuatan ibubapa kita. Usah diulangi kesilapan mereka. Jangan pula kita memilih kesilapan yang sama untuk mendidik anak-anak kita nanti. Bimbang, apa yang kita beri itulah biasanya yang kita dapat.    
Pilihlah mencegah sebelum mengubat. Itu yang terbaik (high class). Namun, jika kita gagal ‘mencegah’ ketika remaja, jangan bunuh potensi hari ini untuk ‘merawat’. Sentiasa ada jalan. Yakinlah!
Analoginya, orang yang gagal ‘mencegah’ daripada mengamalkan cara hidup tidak sihat pada masa mudanya, mudah mendapat penyakit pada zaman tuanya.  Ketika muda dia tidak mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman rutin, lalu dia menderitai penyakit ‘Janda Manis’ iaitu sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Mengubat itu memang sakit. Tapi, lebih sakit lagi jika kita membiarkan diri menderitai kesakitan itu terus-menerus. Perlu mengubat setelah sakit! Andai seseorang diberi peluang mengundur ke masa lalu, sudah tentu dia memilih kebijaksanaan mencegah sebelum merawat.
Cegahlah dirimu daripada berakhlak buruk. Bimbang nanti anakmu juga mewarisi akhlak itu. Cegahlah dirimu daripada memilih pasangan yang tidak beragama atau tidak berminat mendalami agama. Bimbang nanti, anakmu menceduk akhlak pasanganmu itu. Pilihlah ibu atau ayah yang terbaik untuk anak-anakmu. Pengaruhnya sangat besar!

Anak Suatu Amanah
Jom, mari kita dengar pula pesan Atok yang bernama Imam Ghazali,
“Anak adalah amanah (bukan beban, tau!) di tangan kedua orang tuanya. Hatinya yang suci adalah mutiara yang masih mentah, belum dipahat mahupun dibentuk.
“Mutiara ini dapat dipahat dalam bentuk apapun, mudah condong kepada segala sesuatu. Apabila dibiasakan dan diajari dengan kebaikan, maka dia akan tumbuh dalam kebaikan itu.
“Dampaknya kedua orang tuanya akan hidup berbahagia di dunia dan di akhirat. Semua orang dapat menjadi guru dan pendidiknya. Namun, apabila dibiasakan dengan keburukan dan dilalaikan, seperti dilalaikan haiwan, pasti si anak akan celaka dan binasa. Dosanya akan melilit leher orang yang seharusnya bertanggung jawab atasnya dan menjadi walinya.” (Risalah anjahul wasa’il).
Abul A’la bersyair indah,
Seorang anak tumbuh dewasa di antara kita,
Sesuai dengan apa yang dibiasakan oleh bapanya,
Seorang pemuda tidaklah beragama dengan begitu sahaja,
Kerabatnyalah yang membiasakannya beragama.

Sunday, 29 September 2013

Demi Matahari- As Syams

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya


Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya...

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Subhanallah
Thursday, 26 September 2013

Just One

Assalamu'alaikum.
I'm just gonna to share a poem I've read from an English Book.
It has been an attraction for me. =)

ONE SONG CAN SPARK A MOMENT
ONE FLOWER CAN WAKE THE DREAM
ONE TREE CAN START A FOREST
ONE BIRD CAN HERALD SPRING
ONE SMILE BEGINS A FRIENDSHIP
ONE HANDCLASP LIFTS A SOUL
ONE STAR CAN GUIDE A SHIP AT SEA
ONE WORD CAN FRAME THE GOAL
ONE VOTE CAN CHANGE A NATION
ONE SUNBEAM LIGHT A ROOM
ONE CANDLE WIPES OUT DARKNESS
ONE LAUGH WILL CONQUER GLOOM
ONE STEP MUST START EACH JOURNEY
ONE WORD MUST START EACH PRAYER
ONE HOPE WILL RAISE OUR SPIRITS
ONE TOUCH CAN SHOW THAT YOU CARE
ONE VOICE CAN SPEAK WITH WISDOM
ONE HEART CAN KNOW WHAT'S TRUE
ONE LIFE CAN MAKE A DIFFERENCE.


YOU SEE, ALL START WITH ONE
IT'S UP TO YOU.