Pages

Friday, 21 November 2014

PENGORBANAN

HIJRAH memerlukan PENGORBANAN
dan
PENGORBANAN memerlukan PENGHIJRAHAN

Eh, kenapa tiba-tiba berbicara soal hijrah pulak ni? Kan Ma'al Hijrah dah lepas.
YA! Dah lepas dah Ma'al Hijrah, tapi sudahkah kita benar-benar berhijrah? HAA! Jawab-jawab.

HIJRAH bukan hanya bermaksud perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain sahaja. Hijrah jugak dalam erti yang lain melakukan perubahan ke arah kebaikan. Saya juga masih berhijrah. Jangan kerana berjilbab labuh, berpurdah dan berniqab, kalian sudah memandang diri seseorang itu sempurna tanpa cacat celanya. TIDAK! Semua manusia tidak sempurna, semua manusia ada melakukan kesalahan, tetapi jangan pulak dihukum kesalahan itu seolah-olah tiada kesempatan bagi kesalahan itu untuk dibaiki atau untuk orang yang melakukan kesalahan itu menyesali kesalahannya.

HIJRAHKAN DIRI DAN JIWA DEMI ALLAH dan DEMI AGAMA.

Sedangkan Allah itu Maha Pengampun, walau dosa seluas langit dan sebanyak buih-buih di lautan, andai melakukan TAUBAT dengan sebenar-benar TAUBAT, ALLAH AKAN MENGAMPUNINYA.

Ayuh sama-sama berhijrah ke jalan yang Allah redhai.

~DARI TIDAK BERTUDUNG kini BERTUDUNG
~DARI BERTUDUNG BIASA-BIASA kini LABUHKAN TUDUNG
~DARI TIDAK BERSTOKIN kini BERSTOKIN
~DARI TIDAK MENJAGA ADAB kini MENJAGA ADAB
~DARI BEBAS BERGAUL kini MENJAGA IKHTILAT
~DARI CAKAP MAIN LEPAS JA kini MENJAGA PERCAKAPAN
~DARI HANYA MENGEJAR CINTA MANUSIA kini LEBIH FOKUS untuk kejar CINTA ALLAH

KITA BOLEH KALAU YAKIN DENGAN ALLAH DAN KALAU NAK SAMA-SAMA BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN

SEKIAN DARI HAMBA YANG BANYAK DOSA
MAAFI QALBI GHOIRULLAH

0 comments:

Post a Comment