Pages

Wednesday 31 July 2013

RAHMAT RAMADHAN

Bismillah
Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 22 umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadhan Kareem, Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan rahmat Allah. Alangkah ruginya bagi kita sebagai manusia jika tidak menggunakan dan memanfaatkan Ramadhan ini dengan melakukan dan melipat kali gandakan amalan kita. Sungguh janji Allah itu pasti, sesiapa yang berusaha ke arah kebaikan, maka Allah akan membalas kebaikan kepadanya... Barangsiapa yang berusaha ke araha kejahatan, maka Allah akan membalas kejahatan baginya. Nau'dzubillah min dzaliik!

~~AYUH TINGKATKAN AMAL DAN KUKUHKAN TAQWA, SEMOGA KITA SELALU DI BAWAH RAHMAT DAN REDHANYA~~

Saturday 27 July 2013

(= ISLAM ITU MUDAH =)

Pengecualian daripada kewajipan berpuasa dan tuntutan mengqadanya, kalau tidak mampu qada kena dibayar fidyah sebagaimana terkandung dalam firman-Nya yang bermaksud: (Iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka), (maka wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ia yang tinggalkan itu berbuka) pada hari-hari yang lain. Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Barang siapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184)


Monday 22 July 2013

Allah Always Be With Me

Biar beribu parut luka menghiris qalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata manusia
Engkau Maha Mengerti akan diriku ini
Ya Allah!
Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgaMu
Bila saat aku pergi, biarlah aku tetap di situ.

Sunday 21 July 2013

TEKA TEKI IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”

Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat””

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”

Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”

Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.
Saturday 20 July 2013

Ku Tunggu Kau Dibatas Waktu

LELAKI acuan Al Quran
Basah lidahnya mengingati Tuhan
Tunduk pandangannya penuh kesederhanaan

LELAKI acuan Al Quran
Lembut tuturnya dalam ketaqwaan
Quran dan Sunnah jadi panduan
Akhlak Nabi jadi ikutan

LELAKI acuan Al Quran
Hidup matinya kerana Tuhan

LELAKI acuan Al Quran
Jadi teladan sepanjang zaman
Jadi teman sepanjang perjalanan



Wednesday 17 July 2013

Ramadhan Datang Lagi!!!

Meriahkan Ramadhan anda dengan meningkatkan ibadah dan ketaqwaan kepada Allah.
Dilahirkan sebagai seorang Muslimah tidak menjadi keterbatsan kepada kita untuk bersama mencari redha dan cinta ILAHI.