Pages

Monday 31 October 2011

ERTI SEBUAH SENYUMAN

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH
Sahabat fillahQ sekalian, lakukan ini:
Rapatkan bibirmu, lalu tarik membentuk seperti huruf 'U'. Sekarang bagaimana perasaan kalian...? Apakah menjadi sedikit happy, ringan n enjoy...?
Begitulah kalau kita sedang tersenyum. Mata akan lebih bersinar, hati jadi lebih riang, dan wajah menjadi lebih ceria...

Kerana itulah kalau boleh kita seharusnya lebih banyak tersenyum. Supaya kehadiran kita dapat membawa kebahagiaan bagi diri sendiri dan juga orang lain. Antara pelbagai jenis senyum, ada sebuah senyuman yang tersindah bagi Nur:
  • Senyuman terindah seorang doktor adalah senyuman pesakitnya yang baru sembuh.
  • Senyuman terindah seorang guru adalah senyuman pelajarnya yang lulus peperiksaan.
  • Senyuman terindah orang tua adalah senyuman bahagia anak-anaknya.
  • Senyuman terindah sahabat adalah senyuman ketulusan sahabatnya.
Dan begitulah seterusnya, kerana masih ada berjuta senyuman indah daripada berjuta orang.

Erti terbesar daripada seutas senyuman yang terindah:
Senyum adalah nikmat Allah yang besar bagi manusia yang mencintai kebaikan. Senyum yang tulus berasal dari qolbu yang bersih. (InsyaAllah) (^_^)
Rasulullah s.a.w sentiasa menebarkan senyum yang manis. Ini sangat menyenangkan hati bagi sesiapapun yang menatapnya.
SENYUM ADALAH SUNNAH RASULULLAH S.A.W
SENYUM ADALAH SEDEKAH
Senyum akan menjadi komunikasi dalam bentuk gerak tubuh yang dapat membahagiakan orang yang diajak berkomunikasi. Senyum yang tulus memiliki daya sentuh yang dalam, menusuk ke lubuk hati sesiapapun. Senyum dapat meredakan kemarahan, mencairkan kebekuan, dan menghangatkan suasana.
SABHANALLAH!!!
Jadi, kita sekarang sudah memahami erti sebenar sebuah senyuman kan...?
SO... KEEP S.M.I.L.E  (^___^)
Sunday 30 October 2011

MALU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH
Untuk pengetahuan sahabat fillahQ, malu mempunyai pengertian yang besar menurut Islam. Malu adalah sebahagian daripada iman. Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya, kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu itu adalah sebahagian daripada cabang iman."

Malu atau dalam Bahasa Arabnya, haya, berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Rasulullah s.a.w mengajar umat Islam mengenai pentingnya seseorang menghiasi dirinya dengan sifat malu. Alangkah aibnya seorang yang bergelar Muslim tetapi tidak mempunyai sifat malu sebagai hamba kepada Allah.

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "Engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tinggalkanlah is kerana sifat pemalu itu sebahagian daripda iman". (RIWAYAT BUKHARI)

Kedua-dua hadist ini membuktikan bahawa sifat pemalu bukan dikhususkan untuk kaum wanita tetapi juga kaum lelaki yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Sifat pemalu adalah lambang taqwa (takutkan Allah) dan lambang ketinggian iman seorang Muslim.
WALLAHUA'LAM BISSYAWAB...
Tuesday 4 October 2011

KATA HATI

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH
Jika ada perasaan CINTA
Biarkanlah ia berkekalan
Jika hari ini ada perasaan SAYANG
Teruskan menyayangi
Jika ada perasaan RNDU
Lepaskanlah rindu itu
Andai kata ada perasaan BENCI
Janganlah disimpan 
Jikalau ada perasaan SEDIH
Sama2lah kita bersedih
Jika ada perasaan GEMBIRA
Sama2lah kita gembira
Jikalau ada perasaan TIDAK PUAS HATI
Luahkanlah segala yang terbuku
Bila mata ini pejam tanpa CELIK
Maafkanlah kesalahanku
Jadikanlah semua ini dan diriku sebuah KENANGAN MANIS

SEKALI LAGI CINTA

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH
ALLAH mengurniakan nikmat dua kaki untuk berjalan
Dua tangan untuk memegang 
Dua telinga untuk mendengar
Dua mata untuk melihat
TETAPI
Mengapa kita hanya dianugerahkan sekeping hati...?
KERANA
ALLAH telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya
Itulah CINTA...

KONSEP SALAM DAN CARA MELAFAZKANNYA

SALAM ialah cara Allah mengajar kita menghormati sesama makhluk malah memerintahkan supaya tatacara ini dibudayakan. Justeru "SALAM", walaupun nampak mudah dan ringan, namun ia bersangkutan/ mengcakupi aspek 'aqidah, ibadah dan akhlak. la merangkumi ucap selamat, doa, tawaran persahabatan, pengenalan keagamaan, ikatan keagamaan dan sebagainya.

"Salam" itu sendiri adalah nama daripada nama "asma alhusna" yang membarya konotasi makna yang sungguh besar dan bererti. la menjadi alaUwasilah kasih sayang -yang menggambarkan nilai-nilai akhlak yang mulia dan menjurus ke syurga.

CARA MEMBERI SALAM
Allah mengajar manusia bagaimana cara memberi salam (melalui al Quran) dengan Allah sendiri memberi salam kepada Nabi-nabi dengan lafaz: (rujuk ayat-ayat berkenaan):

" salamu alaika "
salamu'ala ..........."
lni diulang lebih daripada 10 kali.

Allah pula mengajar manusia memberi salam dengan lafaz:

assalamu alaikum ".......
lni diulang lebih dari 7 kali. 

Malah memerintah manusia jangan masuk ke rumah melainkan selepas memberi salam. (Surah An Nur ayat 27 dan 61). Dan dalam surah Huud ayat 73, menambah dengan "wa rahmatullahi wa barakatuh".

Ketika Allah menghormati Rasulullah SAW di malam Mikraj, maka Allah menyebut "Assalamu Alaika Aiyuhann Nabii wa Rahmatulahhi wa Barakatuh". lni jelas menunjukkan tidak ada perkataan "Taala" selepas warahmatulah". Salam dalam solat, jelas menjadi contoh terbaik yang Rasulallah (saw) ajarkan. lnilah salam yang rnenjadi rukun ibadat dan bermutu sebagai ibadat.

Kitab "at Targhib wat Tarhib" ada menyebut 26 hadis mengenai dan cara memberi salam dan ditambah 17 lagi hadis dalam bab (almusofahah) berjabat tangan.

Lafaz yang betul mengikut sunnah/hadits/para sahaba/tabi'in/tabi'in at tabi'in dan ulama adalah:

assalamu alaika/assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh"

dan elok kita berhenti pada "assalamu alaikum wa rahmatullah" supaya memberi peluang yang lebih baik kepada sahabat kita yang menjawabnya, selaras dengan maksud firman Allah di ayat 86, surah An Nisa'.

Selaras dengan hadits Rasullullah (saw) riwayat Abu Daud, at Tirmizi, al Baihaqi dan an Nasaii, daripada 'lmran ibni Husain yang bermaksud, "'telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah (saw) lantas berkata "assalamu alaikum", lalu baginda menjawab salam dan bersabda "sepuluh". Kemudian datang seorang lagi memberi salam "assalamu alaikum wa rahmatullah" maka baginda menjawab lalu bersabda "dua puluh". Maka datang seorang lagi lalu memberi salam *assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh", maka baginda menjawab dan bersabda "tiga puluh"

Dan daripada Suhail bin Muaz daripada bapanya "kemudian datang seorang lagi memberi salam "assalamu alaikum warahmatullahi wa barakatuhu wa maghfiratuh", maka baginda menjawab dan bersabda "empat puluh" (iaitu kelebihan fadhilatnya). Hal yang sama ada diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

Maka mafhum daripada hadits ini, ulama mengatakan bahawa kita bolehlah menambah di akhir salam dengan kalimat yang bersesuaian, tetapi bukan di tengah, seperti kalimah "ta'ala" selepas "wa rahmatullah". Rahmatullah ialah satu frasa yang bersifat tersendiri, dan bukan nama Allah atau ganti nama ZatNya.

CARA MEMBERI SALAM YANG SALAH
Di Malaysia, ramai yang memberi ucapan salam dengan betul, malah telah membudayakan salam selaras dengan perintah Allah dan rasulNya. Namun terdapat sebahagian masyarakat termasuk kalangan ahli agama (ustaz) yang masih mengucapkan salam dengan cara yang salah. Mereka menyebut:

"Assalamu alaikum wa rahmatullahi talala wa barakatuh"

Kalimat "TAALA" tidak pernah ada dalam sebutan Al Quran dan Hadits Rasulullah (saw). Menyebut demikian adalah menambah perintah Allah dan Rasulullah (saw). Baginda dalam banyak hadits-hadits telah memberi petunjuk yang cukup sempurna mengenai cara memberi salam.

Kita menyebut "Allahu Taala" atau "Subhanahu wa Taala" ketika memuja dan mengagungkan Zat Allah. Kita tidak menyebut "Rahmatullahi Taala" kerana rahmat itu pemberian Allah dan bukan ZatNya. Kita juga tidak menambah "Taala" pada sifat Allah seperti "Rahman/Rahim". Kalimat seperti Fadzlullah, Maghrifatullah, Ridzwanullah dan sebagainya tidak boleh sama sekali ditambah dengan "Taala". Jika ditambah, ia menjadi salah disegi konsep aqidah.

Menambah perkataan berlainan dalam susunan salam yang diajar Allah dan RasulNya adalah mendustakan hadits/ sunnah Rasulullah (saw). Jika ini dilakukan dengan sengaja, maka adalah dosa besar dan mesti bertaubat segera. (Hadits riwayat Bukhari dan Al Tirmizi daripada Abdullah bin 'Amru bin al 'Aas), bermaksud: "...... dan sesiapa yang sengaja membohongi aku, maka ambillah tempatnya di neraka." 

Tetapi jika berlaku tanpa disedari sebagai kesalahan, maka diharap Allah mengampuninya dan memberi taufiq supaya ia dibetulkan. Dan jika ditegur, hendaklah serta merta berhenti. 

Amalan salam yang salah ini, malangnya, hanya berlaku di Malaysia sahaja.

MENGAPA TERJADI SALAH?
Kebanyakan umat lslam tidak pernah belajar mengenai salam. Mereka lahir dalam masyarakat yang telah ada budaya Salam. Di sekolah-sekolah telah dibiasakan memberi salam, tetapi haqiqat bagaimana cara yang betul, tidak atau jarang sekali diajar. Salam menjadi budaya ikut-ikutan tanpa realisasi makna dan tujuananya.

Ramai kawan atau guru/ustaz yang secara tidak sedar memberi ucapan salam yang tidak selaras dengan hadits dan firman Allah, berterusan sepanjang masa dan keadaan, tanpa teguran dan pembetulan, malahan menjadi bertambah rosak apabila sebahagian ustaz/guru agama, melalui ceramah dan media-media massa terus memberi ucapan salam yang salah. Mungkin sebahagian menganggap soal ini adalah kecil sahaja, tanpa menyedari maksudnya yang suci dan mulia..

"Salam" melibatkan perintah Allah dan RasulNya, dan bersangkutan pula dengan 'aqidah, 'ibadat dan akhlak. Mengikut perintah dengan cara yang salah, mengelirukan masyarakat dan menghilangkan berkat, lantas menjadi amalan yang sia-sia.

Wallahu A'lam

USTAZ HAJI MOHAMAD BIN SHAFIE
Penasihat Agama,
Masjid Nurul Yaqin,
SS 7, Kelana Jaya,
Petaling Jaya.

RUJUKAN:

1. Al-Quran
Ayat-ayat
1.1  86 Surah An Nisa'
1.2  27 dan 61 Surah An Nuur
1.3  54 Surah Al An'am
1.4  46 Surah Al A'raf
1.5  46 Surah Ar Raadu
1.6  24 Surah An Nahl
1.7  47 Surah Maryam
1.8  73 Surah AzZumar

2. Kitab At Targhib wal Tarhib
3. Al Mausuat Al Quraaniah oleh Mohd Kamal al Mahaami.
4. Mu'Jam lil alfazul Al Quraanul Karim oleh Mohamad Fuad Abd Baaqi

ANDAINYA LELAKI TAHU


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

 Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
.Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.

 Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.