SALAM ialah cara Allah mengajar kita menghormati sesama makhluk malah memerintahkan supaya tatacara ini dibudayakan. Justeru "SALAM", walaupun nampak mudah dan ringan, namun ia bersangkutan/ mengcakupi aspek 'aqidah, ibadah dan akhlak. la merangkumi ucap selamat, doa, tawaran persahabatan, pengenalan keagamaan, ikatan keagamaan dan sebagainya.
"Salam" itu sendiri adalah nama daripada nama "asma alhusna" yang membarya konotasi makna yang sungguh besar dan bererti. la menjadi alaUwasilah kasih sayang -yang menggambarkan nilai-nilai akhlak yang mulia dan menjurus ke syurga.
CARA MEMBERI SALAM
Allah mengajar manusia bagaimana cara memberi salam (melalui al Quran) dengan Allah sendiri memberi salam kepada Nabi-nabi dengan lafaz: (rujuk ayat-ayat berkenaan):
" salamu alaika "
" salamu'ala ..........."
lni diulang lebih daripada 10 kali.
Allah pula mengajar manusia memberi salam dengan lafaz:
" assalamu alaikum ".......
lni diulang lebih dari 7 kali.
Malah memerintah manusia jangan masuk ke rumah melainkan selepas memberi salam. (Surah An Nur ayat 27 dan 61). Dan dalam surah Huud ayat 73, menambah dengan "wa rahmatullahi wa barakatuh".
Ketika Allah menghormati Rasulullah SAW di malam Mikraj, maka Allah menyebut "Assalamu Alaika Aiyuhann Nabii wa Rahmatulahhi wa Barakatuh". lni jelas menunjukkan tidak ada perkataan "Taala" selepas warahmatulah". Salam dalam solat, jelas menjadi contoh terbaik yang Rasulallah (saw) ajarkan. lnilah salam yang rnenjadi rukun ibadat dan bermutu sebagai ibadat.
Kitab "at Targhib wat Tarhib" ada menyebut 26 hadis mengenai dan cara memberi salam dan ditambah 17 lagi hadis dalam bab (almusofahah) berjabat tangan.
Lafaz yang betul mengikut sunnah/hadits/para sahaba/tabi'in/tabi'in at tabi'in dan ulama adalah:
" assalamu alaika/assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh"
dan elok kita berhenti pada "assalamu alaikum wa rahmatullah" supaya memberi peluang yang lebih baik kepada sahabat kita yang menjawabnya, selaras dengan maksud firman Allah di ayat 86, surah An Nisa'.
Selaras dengan hadits Rasullullah (saw) riwayat Abu Daud, at Tirmizi, al Baihaqi dan an Nasaii, daripada 'lmran ibni Husain yang bermaksud, "'telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah (saw) lantas berkata "assalamu alaikum", lalu baginda menjawab salam dan bersabda "sepuluh". Kemudian datang seorang lagi memberi salam "assalamu alaikum wa rahmatullah" maka baginda menjawab lalu bersabda "dua puluh". Maka datang seorang lagi lalu memberi salam *assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh", maka baginda menjawab dan bersabda "tiga puluh"
Dan daripada Suhail bin Muaz daripada bapanya "kemudian datang seorang lagi memberi salam "assalamu alaikum warahmatullahi wa barakatuhu wa maghfiratuh", maka baginda menjawab dan bersabda "empat puluh" (iaitu kelebihan fadhilatnya). Hal yang sama ada diriwayatkan oleh Abu Hurairah.
Maka mafhum daripada hadits ini, ulama mengatakan bahawa kita bolehlah menambah di akhir salam dengan kalimat yang bersesuaian, tetapi bukan di tengah, seperti kalimah "ta'ala" selepas "wa rahmatullah". Rahmatullah ialah satu frasa yang bersifat tersendiri, dan bukan nama Allah atau ganti nama ZatNya.
CARA MEMBERI SALAM YANG SALAH
Di Malaysia, ramai yang memberi ucapan salam dengan betul, malah telah membudayakan salam selaras dengan perintah Allah dan rasulNya. Namun terdapat sebahagian masyarakat termasuk kalangan ahli agama (ustaz) yang masih mengucapkan salam dengan cara yang salah. Mereka menyebut:
"Assalamu alaikum wa rahmatullahi talala wa barakatuh"
Kalimat "TAALA" tidak pernah ada dalam sebutan Al Quran dan Hadits Rasulullah (saw). Menyebut demikian adalah menambah perintah Allah dan Rasulullah (saw). Baginda dalam banyak hadits-hadits telah memberi petunjuk yang cukup sempurna mengenai cara memberi salam.
Kita menyebut "Allahu Taala" atau "Subhanahu wa Taala" ketika memuja dan mengagungkan Zat Allah. Kita tidak menyebut "Rahmatullahi Taala" kerana rahmat itu pemberian Allah dan bukan ZatNya. Kita juga tidak menambah "Taala" pada sifat Allah seperti "Rahman/Rahim". Kalimat seperti Fadzlullah, Maghrifatullah, Ridzwanullah dan sebagainya tidak boleh sama sekali ditambah dengan "Taala". Jika ditambah, ia menjadi salah disegi konsep aqidah.
Menambah perkataan berlainan dalam susunan salam yang diajar Allah dan RasulNya adalah mendustakan hadits/ sunnah Rasulullah (saw). Jika ini dilakukan dengan sengaja, maka adalah dosa besar dan mesti bertaubat segera. (Hadits riwayat Bukhari dan Al Tirmizi daripada Abdullah bin 'Amru bin al 'Aas), bermaksud: "...... dan sesiapa yang sengaja membohongi aku, maka ambillah tempatnya di neraka."
Tetapi jika berlaku tanpa disedari sebagai kesalahan, maka diharap Allah mengampuninya dan memberi taufiq supaya ia dibetulkan. Dan jika ditegur, hendaklah serta merta berhenti.
Amalan salam yang salah ini, malangnya, hanya berlaku di Malaysia sahaja.
MENGAPA TERJADI SALAH?
Kebanyakan umat lslam tidak pernah belajar mengenai salam. Mereka lahir dalam masyarakat yang telah ada budaya Salam. Di sekolah-sekolah telah dibiasakan memberi salam, tetapi haqiqat bagaimana cara yang betul, tidak atau jarang sekali diajar. Salam menjadi budaya ikut-ikutan tanpa realisasi makna dan tujuananya.
Ramai kawan atau guru/ustaz yang secara tidak sedar memberi ucapan salam yang tidak selaras dengan hadits dan firman Allah, berterusan sepanjang masa dan keadaan, tanpa teguran dan pembetulan, malahan menjadi bertambah rosak apabila sebahagian ustaz/guru agama, melalui ceramah dan media-media massa terus memberi ucapan salam yang salah. Mungkin sebahagian menganggap soal ini adalah kecil sahaja, tanpa menyedari maksudnya yang suci dan mulia..
"Salam" melibatkan perintah Allah dan RasulNya, dan bersangkutan pula dengan 'aqidah, 'ibadat dan akhlak. Mengikut perintah dengan cara yang salah, mengelirukan masyarakat dan menghilangkan berkat, lantas menjadi amalan yang sia-sia.
Wallahu A'lam
USTAZ HAJI MOHAMAD BIN SHAFIE
Penasihat Agama,
Masjid Nurul Yaqin,
SS 7, Kelana Jaya,
Petaling Jaya.
RUJUKAN:
1. Al-Quran
Ayat-ayat
1.1 86 Surah An Nisa'
1.2 27 dan 61 Surah An Nuur
1.3 54 Surah Al An'am
1.4 46 Surah Al A'raf
1.5 46 Surah Ar Raadu
1.6 24 Surah An Nahl
1.7 47 Surah Maryam
1.8 73 Surah AzZumar
2. Kitab At Targhib wal Tarhib
3. Al Mausuat Al Quraaniah oleh Mohd Kamal al Mahaami.
4. Mu'Jam lil alfazul Al Quraanul Karim oleh Mohamad Fuad Abd Baaqi
0 comments:
Post a Comment