Pages

Sunday 14 April 2013

Sebuah Perjuangan

Dalam sebuah perjalanan,Allah amanahkan sbuah Perjuangan..
terimalah dgn kekuatan..
kadang2 sakit yg mendatang,kdang2 teman xsehaluan,kdg2 kcemerlngn gagal di capai..
NAMUN..
itulah ujian..
mencari REDHA ALLAH..
senyum kerana terluka..
menangis kerana takutkanNYA..
SNYUM MUJAHID MEMBURU SYAHID..
memacu kebangkitan mrintis kemenangan..
SAHABATKU..
takutlah kpd ALLah krna itu kita dpt mgatasi sgla ktakutan..
kesushn kegagalan kita di dunia yg membelenggu kita..
jgn putus asa..
pohonlah rahmat dari ALLAH.


KEINDAHAN PERIBADI

Dari 'Asyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda : "Janganlah seseorang dari kamu berkata KHABUSAT NAFSI (diriku buruk), tetapi katakanlah LAQISAT NAFSI (diriku kekurangan).
>H.R MUSLIM<

Wednesday 10 April 2013

Warkah Buat Wanita


Wahai kakakku!
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja.
Wahai adikku!
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya.
Tetapi di situlah wahai adikku!
Kekuatannya bisa meleburkan ego seorang lelaki.
Menjadi ‘izzah yang paling gah.
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki, kerana sendu rayunya, Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun.
Duhai adikku!
Lembut wanita itu bukan lemah tetapi senjata.
Namun wahai kakakku!
Wanita itu fitnah dunia.
Pernahkah adikku dengar pesanan Ilahi pada hamba-Nya?
“Wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu”.
Cuba adik nilai, pada siapa Allah dahulukan pesanan-Nya?
Pada hamba-Nya yang bergelar Ar-Rijal!
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanit yang menjadi fitnah pada dirinya.
Dan tidaklah Allah melupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya kerana di situlah kehormatannya.
Bukan fitnah semata-mata jikalau Ar-Rijal dan An-Nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi.
“Sesungguhnya wanita yang beriman dan solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh”.
Tapi kakakku!
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka berasa malu?
Wahai adikku sayang!
Al-Haya’ (sifat malu) ada dalam diri setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insani.
Dan Al-Haya’ itulah pakaian iman.
Pada diri wanita itu, indahnya Al-Haya’ sebagai pembenteng diri.
Namun, bila mana Al-Haya’ itu lebur, imannya runtuh.
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid!
Merasakan diri belum cukup menarik.
Mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi.
Namun adikku!
Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.
Wahai adikku!
1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai-pandailah engkau menilai antara permata dengan debu-debu kilauan pasir.
Wahai adikku!
Janganlah adik gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu dan janganlah engkau sekali-kali merendahkan dirimu, menggugurkan dirimu menyembah tanah.
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah ciptakan begitu tinggi martabatmu.
Monday 8 April 2013

Aku Ingin Menjadi KekasihMu

SUNGGUH HATI INI BERSYUKUR KERANA DILAHIRKAN DALAM AGAMA YANG SUCI DAN MULIA; ISLAM. KETERTINGGIAN AGAMA-MU INI MEMBUATKAN AKU SELALU INGIN MENJADI HAMBA-MU YANG TERBAIK. MELALUI SEBUAH GETIR PERJALANAN SEBUAH KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN UJIAN DARI-MU AGAR AKU SENANTIASA SABAR MELALUINYA, KERANA SEBUAH JANJI BAHAWA ENGKAU AKAN MEMBERIKANKU KESENANGAN DI AKHIRAT. WALAU HATIKU SERING TERKESAN DENGAN UJIAN HIDUPMU LANTARAN TERLALU MENCINTAI KEDUNIAAN HINGGA TERKADANG SANGGUP MELUPAKAN-MU. NAMUN, ENGKAU MASIH MAMPIR MEMBERI PERTOLONGAN KEPADAKU TATKALA AKU DIBELENGGU KESEMPITAN.
YA RAHMAN!
AKU RINDU CINTA-MU.
JANGAN PERNAH ENGKAU MEMBENCI AKU. HATI INI TIDAK SANGGUP JIKA ENGKAU MELUPAKANKU. HATI INI TIDAK SANGGUP JIKA ENGKAU TIDAK MEMBANTUKU MENJADI HAMBA-MU YANG TERBAIK. AKU INGIN MENJADI SALAH SEORANG HAMBA-MU YANG MENDAPAT NAUNGAN-MU DI AKHIRAT KELAK. JANGANLAH ENGKAU BIARKAN AKU TERPEDAYA DENGAN GODAAN DUNIA YANG SEMENTARA. AKU INGIN MNGEJAR AKHIRAT YANG KEKAL.
AKU INGIN MENJADI KEKASIH-MU YA RABB!
Sunday 7 April 2013

Engkau dan Aku Selamanya Hamba

Matanya yang tak pernah tertatap. Santunnya yang tak pernah terjerat. Hatinya yang belum pernah termiliki. Nawaitunya yang ingin seorang zauj hadir menemani.Serendah-rendah nama, semulia-mulia cinta, semuanya di bawah langit Allah Azzawa Jalla.
Malam itu pada kanvas yang putih, namamu yang menimbul. Persis dakwat yang membasah; menyerap selemah-lemah kanvas. Tertulisnya nama, tercatatnya hasrat yang setia. Maafkanlah andai kanvas itu tak mahu menguning.Dimamah hari dan hari. Likat dakwat ibarat keindahan yang tiada tara. Lafaz cinta yang belum pernah terungkap. Menyepikan nama seorang pemuda pada jiwa sekuntum bunga. Berdurinya di pagar taman-taman larangan. Melarikan pandangan mata, menjauhkan gurau senda. Hati dan anggota memekar. Atas nama sebuah cinta menggulir riak rasa yang mahu, apatah lagi pada umur purata, kini sudah ramai mencipta baiti jannati. Begitu juga rasa hati ini yang sering kali mengungkap sebuah rasa yang mencipta sebuah kebahagiaan. Namun, hanya dengan redha Allah kita mampu membina sebuah kebahagiaan yang utuh.
HANYA kerana ENGKAU DAN AKU SELAMANYA HAMBA.