Matanya yang tak pernah tertatap. Santunnya yang tak pernah terjerat. Hatinya yang belum pernah termiliki. Nawaitunya yang ingin seorang zauj hadir menemani.Serendah-rendah nama, semulia-mulia cinta, semuanya di bawah langit Allah Azzawa Jalla.
Malam itu pada kanvas yang putih, namamu yang menimbul. Persis dakwat yang membasah; menyerap selemah-lemah kanvas. Tertulisnya nama, tercatatnya hasrat yang setia. Maafkanlah andai kanvas itu tak mahu menguning.Dimamah hari dan hari. Likat dakwat ibarat keindahan yang tiada tara. Lafaz cinta yang belum pernah terungkap. Menyepikan nama seorang pemuda pada jiwa sekuntum bunga. Berdurinya di pagar taman-taman larangan. Melarikan pandangan mata, menjauhkan gurau senda. Hati dan anggota memekar. Atas nama sebuah cinta menggulir riak rasa yang mahu, apatah lagi pada umur purata, kini sudah ramai mencipta baiti jannati. Begitu juga rasa hati ini yang sering kali mengungkap sebuah rasa yang mencipta sebuah kebahagiaan. Namun, hanya dengan redha Allah kita mampu membina sebuah kebahagiaan yang utuh.
HANYA kerana ENGKAU DAN AKU SELAMANYA HAMBA.
0 comments:
Post a Comment