Pages

Wednesday, 10 April 2013

Warkah Buat Wanita


Wahai kakakku!
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja.
Wahai adikku!
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya.
Tetapi di situlah wahai adikku!
Kekuatannya bisa meleburkan ego seorang lelaki.
Menjadi ‘izzah yang paling gah.
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki, kerana sendu rayunya, Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun.
Duhai adikku!
Lembut wanita itu bukan lemah tetapi senjata.
Namun wahai kakakku!
Wanita itu fitnah dunia.
Pernahkah adikku dengar pesanan Ilahi pada hamba-Nya?
“Wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu”.
Cuba adik nilai, pada siapa Allah dahulukan pesanan-Nya?
Pada hamba-Nya yang bergelar Ar-Rijal!
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanit yang menjadi fitnah pada dirinya.
Dan tidaklah Allah melupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya kerana di situlah kehormatannya.
Bukan fitnah semata-mata jikalau Ar-Rijal dan An-Nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi.
“Sesungguhnya wanita yang beriman dan solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh”.
Tapi kakakku!
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka berasa malu?
Wahai adikku sayang!
Al-Haya’ (sifat malu) ada dalam diri setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insani.
Dan Al-Haya’ itulah pakaian iman.
Pada diri wanita itu, indahnya Al-Haya’ sebagai pembenteng diri.
Namun, bila mana Al-Haya’ itu lebur, imannya runtuh.
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid!
Merasakan diri belum cukup menarik.
Mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi.
Namun adikku!
Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.
Wahai adikku!
1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai-pandailah engkau menilai antara permata dengan debu-debu kilauan pasir.
Wahai adikku!
Janganlah adik gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu dan janganlah engkau sekali-kali merendahkan dirimu, menggugurkan dirimu menyembah tanah.
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah ciptakan begitu tinggi martabatmu.

0 comments:

Post a Comment