Pages

Saturday, 27 July 2013

(= ISLAM ITU MUDAH =)

Pengecualian daripada kewajipan berpuasa dan tuntutan mengqadanya, kalau tidak mampu qada kena dibayar fidyah sebagaimana terkandung dalam firman-Nya yang bermaksud: (Iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka), (maka wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ia yang tinggalkan itu berbuka) pada hari-hari yang lain. Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Barang siapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184)


0 comments:

Post a Comment