Pages

Friday, 10 October 2014

Perbezaan Kita

Dirimu, diriku, bagaikan langit dan bumi. Peribahasa yg sangat tepat utk menggambarkan perbezaan kita sekarang ini. Kamu dilahirkan dlm kemewahan, sedangkan aku dilahirkan serba kekurangan. Menyukaiku kerana kematanganku... Matang? Ya. Aku jauh lebih matang kerana dari kecil aku diajar mandiri dan berdikari. Dari kecil aku diasuh dengan kesederhanaan. Tapi tak pernah aku menyalahkan apa yg sudah ditakdirkan. Allah lebih Mengetahui yg terbaik utk hambaNya. Ini ujianNya dan ini juga rahmatNya. Ujian kerana kadang2 keinginanku utk memiliki sesuatu terpaksa dipendam dek kerana keadaan keluarga tidak memungkinkan aku beroleh apa yg dihajati. Rahmat kerana dgn kesusahan ini kami belajar lebih bersyukur. Ramai yg menerima nikmat Allah tapi berapa ramai yg bersyukur. Takut! Ya aku takut andai kesenangan yg diberikan, membuatkan aku dan keluargaku tersungkur. Namun tak jemu aku berdo'a supaya Allah mencukupkan keperluan keluargaku. Justeru, untuk merima sesiapa pun dalam hidupku...terlalu aku khuatirkan. Aku bukan siapa2. Berharta jauh sekali. Yg aku punya AGAMA dan DIDIKAN keluargaku. Aku akan terus menjulang panji2 Islam. Aku akan meneruskan perjuangan Islam. Demi redha Allah. Tidak aku risaukan dipinggir rakan2 kerana Alhamdulillah selagi aku bersama Allah, menjaga hak Allah, Allah akan menjaga hak aku. Allah akan mencukupkan keperluan duniaku. Sekali lagi maaf. Aku memahami andai kalian menjauhiku. Aku memahami kerana aku seorang faqeer. Ana faqeerah indallah.
~Moga Allah kasih~

0 comments:

Post a Comment