Wahai kakakku!
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja.
Wahai adikku!
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis
dan sendunya.
Tetapi di situlah wahai adikku!
Kekuatannya bisa meleburkan ego seorang
lelaki.
Menjadi ‘izzah yang paling gah.
Bahkan lebih gah dari egonya seorang
lelaki, kerana sendu rayunya, Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun.
Duhai adikku!
Lembut wanita itu bukan lemah tetapi
senjata.
Namun wahai kakakku!
Wanita itu fitnah dunia.
Pernahkah adikku dengar pesanan Ilahi
pada hamba-Nya?
“Wahai lelaki-lelaki yang beriman,
tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu”.
Cuba adik nilai, pada siapa Allah
dahulukan pesanan-Nya?
Pada hamba-Nya yang bergelar Ar-Rijal!
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,
maka tidak mungkin terlihat akan wanit yang menjadi fitnah pada dirinya.
Dan tidaklah Allah melupakan pesanan
buat wanita agar memelihara auratnya kerana di situlah kehormatannya.
Bukan fitnah semata-mata jikalau
Ar-Rijal dan An-Nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi.
“Sesungguhnya wanita yang beriman dan
solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh”.
Tapi kakakku!
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka berasa malu?
Wahai adikku sayang!
Al-Haya’ (sifat malu) ada dalam diri
setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insani.
Dan Al-Haya’ itulah pakaian iman.
Pada diri wanita itu, indahnya Al-Haya’
sebagai pembenteng diri.
Namun, bila mana Al-Haya’ itu lebur,
imannya runtuh.
Kenapa mereka merelakan diri menjadi
peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid!
Merasakan diri belum cukup menarik.
Mereka sebenarnya kalah dari segi
psikologi.
Namun adikku!
Wanita solehah itu pasti melindungi diri
mereka dari perbuatan murahan itu.
Wahai adikku!
1001
keindahan penciptaan wanita.
Pandai-pandailah engkau menilai antara
permata dengan debu-debu kilauan pasir.
Wahai adikku!
Janganlah adik gusar tatkala tiada
lelaki yang hadir memetikmu dan janganlah engkau sekali-kali merendahkan
dirimu, menggugurkan dirimu menyembah tanah.
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah
ciptakan begitu tinggi martabatmu.