1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba.
2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba.
3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidah disedarinya.
Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmatnya ke atas hambaNya, Dia akan mengenalkan nikmat yang dikecapinya sekarang dan mengurniakannya sifat syukur. Sifat syukur tersebut akan mengikat nikmat tersebut supaya tidak hilang. Sesungguhnya nikmat akan hilang dengan maksiat dan diikat dengan ketaatan. Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikannya.
Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkan cara agar dia menjauhi jalan itu. Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya akan nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak diketahuinya.
Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun Ar-Rasyid lalu berkata:
“Wahai Amirul Mu’minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadapNya dan sentiasa mentaatinya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya.”
IBNU QAYYIM AL-JAUZI
0 comments:
Post a Comment