Kalau memang kau muslim dan muslimah sejati, maka tak perlu risaukan calon kekasih hati. Kerana sebenarnya Allah (Maha pemilik cinta sejati) telah menyiapkan untuk kita jodoh masing-masing di bumi ini. Tak usah menurutkan perbuatan yang dilarang oleh Allah (Ingat! dalam konteks Islam tidak ada istilah kekasih Islami). Tak perlu couple2, tak perlu susah payah mencari tetapi jika sudah saatnya nanti berikhtiarlah. Kerana saat waktunya nanti, kau akan menemukan sang pujaan hati. Menunggu saat yang tepat, kerana sesuatu akan lebih indah jika pada waktunya.
Jika engkau mencintai seseorang, tak perlu kau ungkapkan sekarang. Cukup simpan di dalam hati. Tak usah ia tahu. Berharap dan berdoa saja bahawa calon jodoh kita ini diberikan keindahan budi pekerti, taat dan soleh dan solehah, serta berjaya dalam kehidupannya. Jika memang orang yang kau damba itu adalah jodohmu, maka ia akan menjadi milikmu, namun jika tidak maka yakinlah bahawa Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya, yakinlah Ia akan memberikan ganti yang lebih baik. Jalan yang sebenar-benarnya ialah dengan menyimpan perasaan itu, dan mengungkapkan di saat yang tepat. Bilakah saat yang tepat itu? Yakni jika kau siap untuk mengkhitbah/ dikhitbah olehnya. (Apa itu khitbah? Silakan yang belum tahu ertinya untuk membuka kamus Islam).
Disinilah ketika cinta kita kepadaNya diuji. Bagaimana caranya supaya kita bertahan. Untuk mengetahui seberapa kukuhnya kita mempertahankan cinta kita padaNya dan seberapa setia kita dalam mematuhi segala ajaranNya. Tanpa harus mengikuti trend anak muda zaman sekarang yang telah jauh dari syari’at.
Tak perlu risau, jika kita tak bertemu dengan dambaan hati di bumi ini, maka Allah pasti menyiapkannya di syurga. Yakinlah bahwa syurga itu jauh lebih indah dari yang kita bayangkan. Cinta Allah itu jauh lebih indah. Keindahan yang tak kan pernah tergantikan…
Selama engkau masih percaya padaNya, selama masih ada Ibu atau ayahmu, saudaramu, sahabatmu, maka mereka lah sebaik-baiknya tempat berkongsi bahagia dan keluh kesah…^-^
0 comments:
Post a Comment