Pages

Thursday, 25 August 2011

LAILATUL QADR'

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH
KITA sudah pun berada dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadan yang dirindui oleh para kekasih Allah SWT. Ini bererti kita sudah memasuki sepertiga terakhir Ramadan yang menandakan Ramadan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek.
Hari-hari ini dirasakan pendek oleh para Solehin kerana mereka begitu yakin dengan ketinggian nilai dan keistimewaan hari-hari ini yang menyebabkan mereka seolah-olah merasa tidak mencukupi dengan saki-baki minit dan jam yang ada.
Begitu banyak amal bakti yang belum sempurna dipersembahkan ke hadrat ilahi. Masih banyak bukti pengabdian yang belum sempurna dipersembahkan ke hadapan-Nya.
Di suatu sudut lain, sebahagian orang pula merasakan hari-hari ini begitu pendek kerana pelbagai kesibukan duniawi apabila mengenangkan Hari Raya yang menjelang tiba.
Pelbagai persiapan pakaian, rumah dan juadah yang hendak disempurnakan. Masih banyak urusan kerja dan perniagaan berkaitan Ramadan dan Aidil Fitri yang belum selesai.
Jika tidak berwaspada, sinar hari-hari terakhir Ramadan ini mudah pudar dan tenggelam dalam keriuhan ambang Syawal sedangkan sepertiga terakhir Ramadan inilah merupakan peringkat terpenting dalam madrasah Ramadan yang sedang kita lalui ini.
Keutamaan lailatul qadar
Keutamaan utama hari-hari terakhir Ramadan ini berputar sekitar pemburuan mendapatkan keutamaan lailatul qadar.
Satu malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu agung dalam kerajaan langit sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran yang khusus untuk mengisytiharkan keistimewaannya iaitu surah al-Qadr.
Bagi mereka yang sentiasa menjadikan urusan amal ibadah sebagai tumpuan perhatian dan kebimbangan mereka, inilah satu tawaran istimewa daripada Allah SWT yang ‘haram’ dilepaskan.
Sangat malanglah bagi seorang hamba yang dikurniakan hadiah begitu berharga daripada Tuhannya sendiri tetapi tidak mengendahkannya atau tidak menerimanya dengan baik.
Benarlah pesan Rasulullah SAW bahawa, “Sesiapa yang diharamkan mendapat kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah diharamkan. (daripada mendapat segala kebaikan)”.
Memang lailatul qadar adalah suatu hadiah atau anugerah bagi umat ini. Para ulama meriwayatkan pelbagai riwayat bagaimana lailatul qadar dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana mengambil kira jangka hayat umat ini yang jauh lebih pendek berbanding umur umat sebahagian nabi-nabi terdahulu.
Dengan beramal-ibadah pada malam ini barulah boleh kita menyaingi kuantiti ibadah umat-umat yang dikurniakan umur yang jauh lebih panjang.
Harus diinsafi bahawa sebagai suatu urusan ibadah, kelebihan utama lailatul qadar bukan terbatas kepada sifir 1,000 bulan yang begitu sinonim dengan malam tersebut.
Dalam mana-mana urusan ibadah nilai utama sesuatu amalan tetap tergantung kepada rahmat dan kasih Tuhan yang menjadi tumpuan sesuatu amalan tersebut.
Oleh itu memburu lailatul qadar bukan bererti kita sekadar mengejar gandaan seribu bulan itu tetapi yang lebih penting, berusaha mencarinya bererti kita bersungguh-sungguh untuk menyambut dan meraikan suatu bukti kasih dan rahmat Allah SWT kepada kita.
Mendapatkan lailatul qadar
Sesuai sebagai anugerah yang begitu bernilai dan berharga, lailatul qadar tidaklah sampai begitu mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja tanpa perlu berusaha.
Walaupun kita mewarisi pelbagai panduan dan petua daripada Rasulullah SAW sendiri dan para ulama pewaris Baginda SAW tentang mengenalpasti malam lailatul qadar, masih tidak ada satu kesepakatan tentang bilakah sebenarnya jatuhnya malam itu.
Akhirnya, bolehlah disimpulkan bahawa peluang untuk mendapatkannya adalah lebih cerah bagi mereka yang menghidupkan malam-malam yang ganjil dari 10 malam yang terakhir, sangat cerah bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam terakhir dan paling terjamin bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam-malam Ramadan.
Juga harus diingat, para ulama turut berpandangan bahawa siangnya lailatul qadar juga perlu diisi dengan amal ibadah sama seperti malamnya.
Sesuai sebagai tanda rahmat dan pemberian Tuhan, lailatul qadar tidaklah pula terlalu sukar dan terlalu jauh dari capaian kita. Ia ditentukan jatuh di dalam bulan Ramadan.
Bulan Ramadan adalah bulan ibadah umat ini yang mana rata-ratanya malam-malam Ramadan adalah malam-malam yang lebih baik pengisian ibadahnya bagi kita semua.
Walaupun sebahagian ulama berpandangan bahawa kelebihan lailatul qadar dicapai dengan menghidupkan sebahagian besar malam itu, sebahagian ulama meriwayatkan bahawa untuk syarat minimum untuk mendapatkan sebahagian laba malam ini bukannya terlalu sukar.
Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatto’ misalnya, meriwayatkan pandangan Ibnul Musayyib bahawa, “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak pada malam lailatul qadar secara berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat laba / bahagian daripadanya (lailatul qadar)”.
Pandangan-pandangan yang lebih ringan ini meletakkan syarat mendapatkan lailatul qadar pada menjaga solat-solat fardu pada malam tersebut.
Jika pandangan ini yang kita ambil nescaya mendapatkan lailatul qadar bukannya terlalu sukar dan boleh diusahakan oleh semua orang. Tetapi Tuhan itu Maha Adil, hakikatnya, mereka yang biasa lalai tetap akan lalai dan gagal hatta untuk menjaga solat-solat fardu ini walaupun di malam-malam akhir Ramadan.
Semoga Allah menjauhkan diri kita dan mereka yang bersama kita daripada tergolong dalam golongan yang lalai.
Zikir dan doa yang diajarkan oleh nabi SAW untuk lailatul qadar juga cukup pendek mampu diamalkan oleh semua orang. Maka marilah kita memperbanyakkan doa ini di hari-hari ini, Allahumma innaka ‘Afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘nniy yang maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , sukakan keampunan maka ampunilah aku”.
Walaupun pintu untuk kita menghayati lailatul qadar melalui ibadah khusus lebih terbuka di bulan Ramadan dengan budaya dan suasananya yang tersendiri, ini tidak menafikan hakikat luasnya makna dan bentuk ibadah dalam Islam.
Mereka yang terpaksa menyelesaikan tugasan dan kerja mereka yang tidak bercanggah dengan agama dan dalam kadar yang sesuai dengan bulan Ramadan ini, tetap boleh meniatkan kerja-kerja mereka sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan dan menghayati lailatul qadar.
Menghantar Pulang Tetamu Agung
Ramadan, tetamu agung yang setia datang berkunjung setiap tahun tetap akan pergi meninggalkan kita sedikit masa lagi.
Mereka yang benar-benar menghayati dan mendapat faedah dari kedatangan Ramadan dengan menikmati kemanisan iman dan peningkatan takwa yang datang bersamanya sudah tentu menghadapi saat-saat perpisahan ini dengan penuh kesedihan berbaur kebimbangan dan pengharapan.
Sedih mengenangkan perpisahan dengan bulan yang dikasihi ini. Bimbang adakah amalan diterima dengan tahap penghayatan yang tidak seberapa. Berharap agar dosa-dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah serta berharap agar bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Inilah sikap yang diriwayatkan daripada sebahagian para salaf. Mereka berdoa kepada Allah SWT selama enam bulan agar dipertemukan dengan Ramadan. Setelah itu mereka berdoa pula selam enam bulan berikutnya agar Allah SWT menerima amalan mereka di bulan Ramadan yang berlalu.
Semoga Allah mengurniakan kita himmah yang tinggi dalam beragama seumpama mereka. Marilah kita menghantar pulang Ramadan kali ini hingga ke ‘hujung desa’. Ibarat menjamah juadah yang paling kita gemari, janganlah kita tinggalkan Ramadan kali ini bersisa sedikitpun.
Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai, apalah gunanya kita hebat di peringkat awal larian hanya untuk lemah-lesu ketika menuju garisan penamat. Marilah kita rebut setiap ketika yang berbaki di bulan Ramadan kali ini dan mengisinya dengan sebaik mungkin.
Sesungguhnya La hawla wala quwwata illa billah al-’Aliyyil ‘Adzim yang maksudnya, “Tiada daya (menghindari maksiat) dan tiada kekuatan (melakukan ketaatan) melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”.
WALLAHUA'LAM...
Thursday, 11 August 2011

TAWADDHU'

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH
Kisah ini Nur baca beberapa bulan yg lalu melalui majalah SOLUSI, namun ALHAMDULILLAH, masih segar dlm ingatan. Setiap kali t'ingtkan kisah ini, fikiran Nur t'kait dgn sebuah hadist Rasulullah s.a.w yg diriwayatkan oleh Imam Muslim. Sabda baginda yg b'maksud: 
" Sedekah tidak akan mengurangkan harta. Sikap mema'afkan tdak akan menambah apa2 pun selain kemuliaan. Dan sesiapa yg merendah (tawaddhu') kerana ALLAH, maka ALLAH asti meninggikannya." 
Dalam hadist riwayat Imam Ahmad daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w b'sabda yg b'maksud: "Sesiapa yg merendahkan dirinya kerana ALLAH satu darjat, maka ALLAH meninggikannya hingga menempatkannya di 'Iliyyin yg t'tinggi. Dan sesiapa yg meninggikan dirinya satu darjat, maka ALLAH akan terus merendahkannya hingga meletakkan namanya b'sama org yg sangat rendah (asfalasafiliin)." 
Syaitan selalu membisikkan bahawa sikap merendahkan diri kepada org lain hanya akan menurunkan darjat kita pada mata mereka. Kerana takut menjadi hina, kita lalu enggan b'bicara dgn org yg kita anggap rendah, atau enggan melakukan pekerjaan yg biasanya dilakukan oleh org hina.
SEKIAN SAHAJA DARI NUR, INSYAALLAH PADA WAKTU YG AKAN DTG, NUR AKAN POSTKAN MENGENAI ANGKUH DAN SOMBONG...
~SALAM CINTA DARI NUR~
Friday, 5 August 2011

JANGAN MEMBINA CINTA DI DALAM KUBURAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH
Hari ni Nur x nk type pnjang2 lah...
Nk g msak untuk buka puasa...
Alhamdulillah, hri ni dah msuk 5 hari umat Islam seluruh dunia menempuh bulan Ramadhan...
~SALAM CINTA DARI NUR~


CINTA YANG MEMINGGIRKAN CINTA ALLAH AMAT RENDAH MUTUNYA DAN TIDAK TAHAN UJI. 
APABILA KEMUDAAN HILANG,
SAYANG TERUS MELAYANG.
SEBALIKNYA CINTA ALLAH MAMPU MENGEKALKAN, 
MALAH MENINGKATKAN LAGI RASA CINTA WALAUPUN PERUBAHAN FIZIKAL BERLAKU KERANA TAPAK CINTA ITU DI HATI,
BUKAN DI MATA.
Monday, 1 August 2011

CINTA

CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!

Sunday, 31 July 2011

Love For Everyone

LOVE FOR EVERYONE

Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
CINTA ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata kata pecah berkeping keping saat sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan

My LoVe

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH
As everyone knows, LOVE is a feeling that anyone could have. Nope2... Feeling that everyone have. We cannot hide our feelings of LOVE as it was to express it. 
As for me, my LOVE are for Allah, Rasulullah, family, friends and lastly for my LOVE. 
However I have to decide between My Love or My Friends. To have friends, I had to go through many passages, but to find a lover, it was just to easy. So, friends are everything compared to lover. 
Friends always there with me whether I am not hoping 4 them to do so. But, they still with me, passing the hard n joy time with no complaining. 
So, for me now, whether I did have a lover, but, I choose to love my friends more than my lover.
Who knows, one time we'll break off. To whom will I go..?
Of course my friends...
My friends, that will cherrish me,
My friends, that will make me in a comfort environment,
If My friends are reading my post, 
I just want to thanks you all 4 being my friends till this time,
~~I LOVE U all~~
Really3 LOVES
~SALAM CINTA DARI Nur~
Friday, 22 July 2011

MARHABAN YA RAMADHAN

Mata kekadang salah melihat…
Mulut kekadang salah berucap…
Hati kekadang salah menduga…
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada…
MARHABAN YAA RAMADHAN
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,
Tidur kita menjadi ibadah,
Amal kita diterima dan do’a kita di ijabah.
Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan,
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan.
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung, cuma terlayangĂ‚ nota ini.
Sebelum cahaya mentari padam, sebelum ajal mendatang,
Sebelum pintu taubat tertutup, sebelum Ramadhan menjelang,
Saya mohon maaf lahir dan batin… tersembunyi atau yang terang.
Marhaban Ya RamadhanAllaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”
Taqqabalahu Minna Waminkum, Taqaballahu Ya Karim,
Aamiin
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & Semoga Kita Dapat Menjalankannya Dengan Cemerlang.