Pages

Sunday, 27 November 2011

MEMBINA HATI YANG BAHAGIA


ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH
Kehidupan di dunia ini merupakan satu ujian daripada Allah. Pelbagai rintangan & tekanan t'paksa dihadapi dengan hati yang tenang. Akal yang dianugerahkan Tuhan merupakan kelebihan yang harus di gunakan sepenuhnya bagi memastikan setiap p'kara yang digerakkan oleh hati disempurnakan oleh akal fikiran yang waras seterusnya memberi ketenangan jiwa yang di cari. Sebagai hamba yang di cpitakan,kita harus b'syukur kerana mempunyai akal fikiran, tubuh sempurna yang sesuai dengan p'gerakan & qolbu. Akal membolehkan kita b'fikir sebelum melakukan sebarang tindakan & tubuh badan akan melakukan apa yang di inginkan oleh akal. 
❀◕‿◕❀   Sama2lah kita membina hati yang bahagia... ❀◕‿◕❀
❀◕‿◕❀   SIHAT JASMANI, SIHAT ROHANI, INDAHLAH HIDUP INI  ❀◕‿◕❀  

Saturday, 5 November 2011

PERLU


Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata...
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH

Di waktu orang lain sibuk bercinta sesama manusia mengikut emosi dan perasaan, jadilah dirimu sebagai orang yang x pernah putus mencinta dan mendamba kasihNya.
Di waktu orang lain sibuk mengimpikan masa depannya dengan kawan2nya, jadilah kamu orang yang sentiasa terbayang-bayang dan bermimpikan bagaimana saat kamu dijemput menghadapNya.
Di waktu orang lain sibuk ber'sms' dan berkata-kata perkara yang sia-sia (langsung tiada faedah di sisi Allah), jadilah dirimu insan yang sentiasa berdzikir mengingati Allahu Jalil.
Di waktu orang lain sibuk mengharap bantuan dan ucapan daripada orang lain, jadilah dirimu orang yang sibuk menagih simpati, mangharap pertolongan dan janjiNya.
Dan yang lebih harus kamu ketahui di waktu orang lain sedang leka, Allah biarkan mereka dengan kenikmatan dunia (bercinta dan mengejar nikmat dunia), jauhkanlah dirimu daripada mengimpikan dan memperoleh semua itu buat sementara di dunia.
Bersyukurlah kerana Allah sayang akan dirimu daripada dibiarkan melalui hari-hari berikut dengan doa dan kealpaan.
~~wAllahua'lam bissyawab~~
Friday, 4 November 2011

CINTA PADA PANDANGAN IMAM AS-SYAFIE

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".


Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”