
Di waktu orang lain sibuk ber'sms' dan berkata-kata perkara yang sia-sia (langsung tiada faedah di sisi Allah), jadilah dirimu insan yang sentiasa berdzikir mengingati Allahu Jalil.
Di waktu orang lain sibuk mengharap bantuan dan ucapan daripada orang lain, jadilah dirimu orang yang sibuk menagih simpati, mangharap pertolongan dan janjiNya.
Dan yang lebih harus kamu ketahui di waktu orang lain sedang leka, Allah biarkan mereka dengan kenikmatan dunia (bercinta dan mengejar nikmat dunia), jauhkanlah dirimu daripada mengimpikan dan memperoleh semua itu buat sementara di dunia.
Bersyukurlah kerana Allah sayang akan dirimu daripada dibiarkan melalui hari-hari berikut dengan doa dan kealpaan.
~~wAllahua'lam bissyawab~~
0 comments:
Post a Comment